awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan kad asing di pam RON95 disekat secara berperingkat mulai 1 April

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/03/2026
10:01 MYT
Penggunaan kad asing di pam RON95 disekat secara berperingkat mulai 1 April
Azman (foto) berkata langkah itu juga dapat mengurangkan beban pekerja stesen untuk 'menjaga' pam secara fizikal, kerana sistem itu sendiri berfungsi sebagai penapis. -Gambar fail

Bermula Rabu depan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menyekat penggunaan kad kredit dan kad debit asing secara berperingkat bagi pembelian petrol RON95 di semua stesen minyak di seluruh negara.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata langkah itu juga dapat mengurangkan beban pekerja stesen untuk 'menjaga' pam secara fizikal, kerana sistem itu sendiri berfungsi sebagai penapis.

"Kita sedang mengintegrasikan sistem pam minyak dengan pangkalan data identiti (MyKad) dan sistem perbankan.

"Selepas 1 April ini, sistem secara automatik akan menapis transaksi," katanya kepada Astro AWANI, di sini, pada Jumaat.

Azman menambah, beberapa stesen minyak kini sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan mekanisme baharu berkenaan.

"Sekiranya pengguna ingin membuat pembelian menggunakan kad asing, mereka perlu berbuat demikian di kaunter,” katanya.

Menurutnya, langkah itu bertujuan memudahkan pemantauan pengusaha stesen minyak serta pihak penguat kuasa, selain memastikan pematuhan terhadap peraturan sedia ada.

Beliau menegaskan, walaupun penggunaan kad asing masih dibenarkan, ia hanya terhad kepada transaksi di kaunter dan bukan di pam minyak.

"Pendekatan ini juga akan membantu memperkukuhkan penguatkuasaan serta mengelakkan sebarang penyalahgunaan subsidi RON95," katanya.

Topic Berkaitan
#kad kredit asing
#kad debit
#RON95
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan