awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan katil wad bersalin di Johor terkawal - Exco Kesihatan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
28/09/2022
06:38 MYT
Penggunaan katil wad bersalin di Johor terkawal - Exco Kesihatan
Penggunaan katil di wad bersalin di seluruh hospital di negeri Johor berada dalam keadaan terkawal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon.
JOHOR BAHRU: Penggunaan katil di wad bersalin di seluruh hospital di negeri Johor berada dalam keadaan terkawal.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, secara keseluruhan untuk 11 hospital di negeri Johor, kapasiti penggunaan katil obstetrik adalah sebanyak 71 peratus iaitu melibatkan 521 katil obstetrik dan 82 katil bersalin.
Bagaimanapun, kata beliau, enam hospital pakar menunjukkan kapasiti penggunaan katil sedikit tinggi.
Keenam-enam hospital itu ialah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di Kluang, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat dan Hospital Segamat.
"Enam hospital pakar ini menunjukkan penggunaan katil di wad obstetrik antara 83 peratus hingga 127 peratus, berdasarkan katil rasmi operasi hospital berpakar ini iaitu di antara 30 hingga 126 katil," kata Tian Soon dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Tian Soon, jika terdapat kekurangan katil di wad bersalin, pihaknya akan mengambil beberapa langkah termasuk menambah katil di wad obstetrik bagi menampung pesakit yang berlebihan jika perlu.
Antara langkah yang diambil, jelas beliau, ialah menempatkan pesakit di wad lain (seperti wad Gynaecology) serta membenarkan pesakit discaj awal (pemerhatian sekurang-kurangnya enam jam selepas bersalin) bagi kes tertentu jika pemeriksaan ibu dan bayi didapati sihat.,"katanya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff memaklumkan, wad bersalin di hospital kerajaan berhadapan dengan masalah isu katil tidak mencukupi.
Topic Berkaitan
#katil wad bersalin
#Hospital
#Johor
#Ling Tian Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan