awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
Majlis Keselamatan PBB gagal terima pakai draf resolusi mengenai Selat Hormuz
Margin Gamuda dikhuatiri tertekan berikutan peningkatan kos bahan mentah - CGSI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghakiman kes liwat Anwar perlu dijelaskan kepada rakyat, kata peguam

Bernama
Bernama
20/01/2016
12:25 MYT
Penghakiman kes liwat Anwar perlu dijelaskan kepada rakyat, kata peguam
Menurut Muhammad Shafee, kes itu melibatkan kepentingan awam maka penghakiman perlu dijelaskan supaya kebenaran dapat diketahui. - Gambar fail
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa penghakiman kes liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan perlu dijelaskan kepada orang ramai bagi mengelakkan salah faham.
Muhammad Shafee, yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam kes tersebut, berkata oleh kerana kes itu melibatkan kepentingan awam maka penghakiman itu perlu dijelaskan dengan betul supaya kebenaran dapat diketahui.
Menurutnya tindakan itu dilakukan ekoran cubaan pihak-pihak tertentu untuk mempolitik dan meracuni pemikiran rakyat berhubung keputusan itu dan akhirnya mempersoalkan kredibiliti dan kebebasan badan kehakiman.
"Ia adalah demi kepentingan keadilan bahawa kebebasan dan integriti badan kehakiman perlu ditegakkan," katanya dalam kenyataan saksi yang dikemukakan kepada mahkamah.
Muhammad Shafee, 63, memberi keterangan demikian dalam saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam, peguam Tommy Thomas, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V.C. George dan bekas presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#liwat
#Muhammad Shafee Abdullah
#penghakiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan