awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan ditahan kerana ingkar PKP, pukul anggota polis

Bernama
Bernama
17/04/2020
15:21 MYT
Penghantar makanan ditahan kerana ingkar PKP, pukul anggota polis
Media sosial dibanjiri video tular yang menunjukkan suspek mencabar dan bergelut dengan beberapa anggota polis, dipercayai berlaku di Ampang.
Seorang penghantar makanan ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta menyerang anggota polis dalam kejadian di Pandan Cahaya, Ampang, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata dalam kejadian kira-kira 10 pagi tadi, lelaki berumur 28 tahun itu yang menaiki motosikal Modenas Kriss bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang menahannya.
"Suspek juga memukul anggota polis menyebabkan anggota itu mengalami kesakitan pada bahagian tangan serta leher," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan akan direman esok.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana ingkar PKP.
Pada Jumaat, video berdurasi kira-kira empat minit memaparkan seorang lelaki memukul anggota polis serta enggan memberi kerjasama ketika disoal siasat, tular di laman sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#lelaki pukul polis
#pandan cahaya
#penghantar makanan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Sekatan Jalan Raya
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan