awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguat kuasa MBSP maut, dua motosikal bertembung

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2020
04:37 MYT
Penguat kuasa MBSP maut, dua motosikal bertembung
Kedua-dua motosikal bertembung dan terseret di atas jalan. Foto PDRM
Seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSP) maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan satu lagi motosikal, ditunggang seorang lelaki yang juga kenalannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam tadi di Jalan Pongsu Seribu, di sini, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Al Zahari Ahmad, 32 tahun, bertugas sebagai penguatkuasa MBSP dan Azizi Affendy Mohammad Idris, 50 tahun.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil siasatan mendapati Al Zahari yang menunggang motosikal bernombor pendaftaran PLN 1239 sedang dalam perjalanan dari Jalan Pongsu Seribu menghala ke Permatang Sireh.
Tiba di lokasi kejadian, satu lagi motosikal secara tiba-tiba keluar dari simpang menyebabkan kedua-duanya bertembung dan terseret di atas jalan.
Foto PDRM
Foto PDRM
Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.
Noorzainy memohon orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan agar menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di talian 04-5741427 atau mana mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#cedera parah
#keluar dari simpang
#kemalangan
#Kepala Batas
#mangsa
#maut
#mbsp
#meninggal dunia
#motosikal
#Noorzainy Mohd Noor
#PDRM
#polis
#Seberang Perai
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan