awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengunjung cemas babi hutan masuk pusat beli belah di Putrajaya

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/12/2020
07:28 MYT
Pengunjung cemas babi hutan masuk pusat beli belah di Putrajaya
Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menghalau binatang itu keluar dari premis berkenaan. -Gambar JBPM
PUTRAJAYA:Pengunjung pusat beli belah Alamanda di sini cemas apabila seekor babi hutan yang sesat memasuki kompleks itu dan bergerak agresif pada tengah hari Ahad.
Kehadiran haiwan berkenaan yang dipercayai mengalami kecederaan menyebabkan pengunjung berlari menjauhkan diri sebelum ia memasuki sebuah kedai rangkaian peralatan dan pakaian sukan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Shaari Abdullah berkata, sebaik menerima panggilan pada pukul 12.38 tengah hari, dua buah jentera bersama 10 anggota dihantar ke tempat kejadian.
"Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menghalau binatang itu keluar dari premis berkenaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Ahad.
Shaari berkata, pasukannya menghalau babi hutan itu keluar sebelum ia dilihat memasuki sebuah padang ragbi di Presint 16.
Kes itu katanya, diserahkan kepada Bahagian Hidupan Liar, Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan dan pemantauan lanjut.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya pernah menerima laporan mengenai haiwan liar itu memasuki kawasan perumahan berhampiran.
"Haiwan ini keluar dari hutan berhampiran. Tapi ini kali pertama binatang ini memasuki pusat beli belah," katanya.
Shaari memberitahu, tiada laporan kecederaan diterima dalam insiden itu.
Beliau turut memaklumkan premis menjual peralatan dan pakaian sukan itu ditutup sementara bagi operasi pembersihan.
"Kami akan terus memastikan keselamatan orang ramai dan penduduk setempat sentiasa terjamin," tambahnya.
Topic Berkaitan
#babi hutan masuk pusat beli belah
#Putrajaya
#babi hutan
#Alamanda
#babi sesat
#padang ragbi
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan