awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha pelancongan disaran berkomunikasi dengan kerajaan

Bernama
Bernama
26/10/2012
05:55 MYT
Pengusaha pelancongan disaran berkomunikasi dengan kerajaan
Pengusaha dan pihak yang terlibat dalam bidang pelancongan diminta untuk lebih berkomunikasi dengan kerajaan dalam memastikan pelancong dapat menikmati persekitaran sempurna semasa berada di Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata kerajaan sentiasa bersedia untuk mendengar cadangan atau maklum balas dalam meningkatkan industri pelancongan yang merupakan satu daripada penyumbang ekonomi terbesar negara.
Katanya tahun lalu merekodkan kedatangan pelancong seramai 26.8 juta yang menyumbangkan RM58.4 bilion kepada pendapatan negara.
"Setiap maklumat yang diberikan penting kerana kita tidak boleh bergantung kepada pegawai yang berada di pejabat kerana mereka yang berada di dalam industri lebih tahu keadaan sebenar.
"Sepatutnya perkara seperti longkang di kawasan pelancongan tersumbat, harga makanan restoran mahal atau tandas kotor perlu dimaklumkan kerana pelancong mengeluarkan wang untuk kemudahan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia International Travel Mart (MITM) 2012 di sini hari ini.
Beliau juga berkata kerajaan memandang serius usaha pengusaha pelancongan menarik kehadiran pelancong sehingga menjadikan Malaysia sebagai negara kesembilan di dunia yang menerima kemasukan pelancong tertinggi dan kedua di Asia, iaitu selepas China.
Bagaimanapun beliau berharap usaha dapat ditingkatkan untuk menarik lebih ramai rakyat tempatan melancong di Malaysia yang dilihat lebih gemar memilih China, Taiwan, Singapura dan Indonesia sebagai lokasi percutian.
Sementara itu, Pengerusi Penganjur MITM 2012 Jackson Thian berkata pihaknya menjangkakan kehadiran 70,000 orang akan mengunjungi 303 gerai pameran daripada 70 peserta terdiri daripada pelbagai agensi pelancongan dan syarikat penerbangan.
Thian berkata MITM 2012 menawarkan pelbagai pakej pelancongan pada harga rendah dan beliau yakin akan memperoleh RM35 juta apabila pameran itu berakhir Ahad ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Donald Lim Siang Chai
#Malaysia
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan