awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga bazar Ramadan didenda RM1,200 jual makanan tercemar

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2022
22:30 MYT
Peniaga bazar Ramadan didenda RM1,200 jual makanan tercemar
Mohd Salleh didenda RM1,200 atas pertuduhan menjual makanan yang tercemar di bazar Ramadan di Kelapa Sawit, Kulai April lalu. - Gambar hiasan
KULAI: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM1,200 ke atas seorang peniaga makanan di bazar Ramadan di Kelapa Sawit dekat sini, atas pertuduhan menjual makanan yang tercemar pada April lalu.
Mohd Salleh Sahahid, 57, dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menjual makanan yang tidak mematuhi kehendak penjualan makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Bazar Ramadan Taman Manis, Kelapa Sawit kira-kira jam 4 petang, pada 5 April lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 39(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dihukum di bawah Peraturan 397(2) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Idris Ahmad memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran dan bagi meningkatkan kesedarannya serta masyarakat supaya lebih peka dan patuh mengenai isu keselamatan makanan bagi memastikan pengguna dapat membeli makanan selamat dimakan yang dijual di pasaran.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon hukuman denda yang rendah kerana menjaga ibu yang menggunakan lampin pakai buang dan masih mempunyai tanggungan anak yang masih bersekolah.
Berdasarkan fakta kes, pegawai serbuan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kulai telah menjalankan aktiviti pensampelan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Difahamkan, hasil analisa yang dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru mendapati makanan yang diuji tercemar dengan mikroorganisma patogenik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#makanan tercemar
#mikroorganisma patogenik
#Mohd Salleh Sahahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan