awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga ke tali gantung, pijak kepala lelaki tidak dikenali sehingga maut

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
29/06/2022
07:15 MYT
Peniaga ke tali gantung, pijak kepala lelaki tidak dikenali sehingga maut
Hakim menetapkan hukuman itu terhadap S Pandiaraj selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pembelaan. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Tindakan seorang peniaga membunuh dengan memijak kepala seorang lelaki yang tidak dikenali sehingga menyebabkan kematian, enam tahun lalu membawa padah apabila dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Melaka hari ini.
Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin menetapkan hukuman itu terhadap tertuduh, S Pandiaraj, 33, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pembelaan.
Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati kecederaan yang dialami mangsa, S Ammos Devaprraven, yang ketika itu berusia 27 tahun sehingga menyebabkan kematian tidak konsisten dengan kemalangan jalan raya.
Sebaliknya, berdasarkan penelitian keterangan saksi pendakwaan dan disokong oleh saksi forensik, tindakan tertuduh sendiri telah menyebabkan kecederaan fatal (membawa kematian).
Justeru katanya, selepas melakukan pertimbangan, mahkamah turut berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Terdahulu, mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa bagi mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap mangsa dalam kejadian di Jalan Tun Ali, kira-kira 4.30 pagi, pada 23 Oktober 2016.
Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Ahmad Sazali Omar dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nabilalif Mohd Rosli manakala tertuduh diwakili peguam Paul Krishnaraja.
Pihak pendakwaan dalam hujahannya memaklumkan, mangsa telah dipijak selama seminit di bahagian kepala oleh tertuduh selepas lelaki itu tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh mangsa.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh dua individu, dan membuat laporan palsu bahawa si mati telah dilanggar lari sebelum memaklumkan perkara sebenar bahawa mangsa sebenarnya telah dipijak di muka.
Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Seramai 16 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang prosiding berjalan sejak tahun 2018 lalu.
Topic Berkaitan
#pijak kepala
#hukum gantung
#membunuh
#ayer keroh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan