awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan

Peniaga kerugian lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan

Bernama
Bernama
13/09/2024
12:58 MYT
Peniaga kerugian lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Yahaya berkata wanita berusia 34 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek pada 2 Sept lepas yang menyatakan kononnya terdapat aduan terhadap nombor telefon mangsa kerana terlibat kegiatan 'scammer'. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Seorang peniaga kerugian RM136,700 selepas terperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 34 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek pada 2 Sept lepas yang menyatakan kononnya terdapat aduan terhadap nombor telefon mangsa kerana terlibat kegiatan 'scammer'.
Beliau berkata panggilan itu kemudian disambungkan kepada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa mangsa juga terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah serta penggubahan wang haram.
"Suspek mengarahkan mangsa muat turun aplikasi BNM (Bank Negara Malaysia) bagi tujuan mendaftarkan semua maklumat perbankan dan jumlah wang simpanan mangsa.
"Kemudian mangsa diarahkan untuk memindahkan sebanyak RM136,700 melalui mesin ATM dengan enam pindahan ke dua akaun bank diberikan suspek. Sumber wang kerugian ini ialah wang simpanan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya terhadap individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#sindiket
#pegawai polis
#wang simpanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.