awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga makanan sejuk beku rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
03/07/2025
15:17 MYT
Peniaga makanan sejuk beku rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa diminta mendaftar akaun platform e-dagang untuk memulakan pelaburan perniagaan dan jualan barangan melalui kedai dalam talian miliknya.
SEREMBAN: Seorang peniaga makanan sejuk beku mengalami kerugian lebih RM600,000 selepas terperdaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata mangsa yang berusia awal 50-an itu membuat laporan polis pada 1.17 petang tadi.
"Lelaki berkenaan menyatakan telah berurusan dengan individu yang menawarkan pelaburan itu pada 21 April lepas sebelum diminta mendaftar akaun platform e-dagang untuk memulakan pelaburan perniagaan dan jualan barangan melalui kedai dalam talian miliknya.
"Mangsa kemudian memindahkan wang ke dalam 19 akaun bank yang diberikan untuk tujuan pelaburan saham menerusi 43 transaksi dengan keseluruhan berjumlah RM677,890," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Abdul Malik berkata mangsa menyedari ditipu selepas tidak dapat membuat pengeluaran keuntungan dan wang modal yang telah dilaburkan dengan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#pelaburan tidak wujud
#dalam talian
#sindiket penipuan
#mangsa kerugian
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan