awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga rugi RM190,800 ditipu urusan tukaran mata wang asing

Bernama
Bernama
04/04/2026
10:22 MYT
Peniaga rugi RM190,800 ditipu urusan tukaran mata wang asing
Pada awalnya, mangsa diminta anaknya, yang bekerja di Papua New Guinea, membuat bayaran ke beberapa akaun bank tempatan kononnya untuk urusan pertukaran mata wang. - Gambar hiasan
Seorang peniaga warga emas berusia lingkungan 60-an mengalami kerugian RM190,800 selepas menjadi mangsa penipuan urusan tukaran mata wang dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Azari Miskon berkata kejadian dipercayai bermula bulan lepas apabila anak mangsa yang bekerja di Papua New Guinea memintanya membuat bayaran ke beberapa akaun bank tempatan kononnya untuk urusan pertukaran mata wang Ringgit Malaysia kepada Dolar Hong Kong.
“Anak pengadu memberitahu bahawa dia telah berkenalan dengan seorang individu dikenali ‘David’ melalui WhatsApp dan menawarkan tukaran mata wang yang akan memberi keuntungan besar, iaitu lebih tinggi daripada kadar tukaran wang yang sepatutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pada dua hari lepas, pengadu bersetuju membantu anaknya dan telah membuat pemindahan wang ke akaun bank tempatan yang diberikan suspek.
Katanya semakan bagaimanapun mendapati wang tukaran tersebut tidak dimasukkan ke akaun bank Hong Kong milik kawan anak mangsa seperti dijanjikan.
Azari berkata warga emas itu kemudiannya membuat laporan selepas menyedari ditipu kerana individu yang dikenali sebagai “David” telah gagal dihubungi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang pemindahan wang ke akaun peribadi pihak tidak dikenali,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#terperdaya
#mata wang
#Kanun Keseksaan
# Azari Miskon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan