awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga warung dikompaun RM10,000 kerana benarkan pelanggan makan dalam premis

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/05/2021
06:13 MYT
Peniaga warung dikompaun RM10,000 kerana benarkan pelanggan makan dalam premis
Antara makanan yang ditinggalkan pelanggan warung yang melarikan diri sejurus premis didatangi pihak berkuasa. - PDRM
SUNGAI PETANI: Gara-gara membenarkan pelanggan makan di dalam warung, seorang peniaga dikompaun RM10,000 pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, warung di tapak tempat letak kereta di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) diserbu kira-kira jam 9.45 pagi tadi.
“Ketika serbuan oleh pasukan pemantau COVID-19 dari Balai Polis Sungai Petani, terdapat beberapa pelanggan sedang makan lalu bertempiaran melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, peniaga terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Adzli berkata, kompaun dikeluarkan di bawah Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Jelas Adzli, polis tidak berkompromi dan tidak memilih bulu ke atas sesiapa yang melanggar PKP dan akan mengambil tindakan kompaun sekiranya melanggar SOP yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#kompaun
#warung
#PKP
#polis
#PDRM
#SOP
#peniaga dikompaun
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan