awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan kos haji, kerajaan jamin tetap beri subsidi - Ahmad Marzuk

Bernama
Bernama
18/09/2021
09:49 MYT
Peningkatan kos haji, kerajaan jamin tetap beri subsidi - Ahmad Marzuk
Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kos sebenar bagi mengerjakan haji belum diputuskan dan akan dibincangkan yang diharap tidak membebankan bakal haji. - Gambar fail/ Reuters
KOTA BHARU: Kerajaan memberi jaminan subsidi mengerjakan haji akan dikekalkan meskipun kemungkinan berlaku peningkatan kos di masa hadapan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Bagaimanapun, beliau berkata kos sebenar bagi mengerjakan haji belum diputuskan dan akan dibincangkan yang diharap tidak membebankan bakal haji.
Katanya kemungkinan peningkatan kos agak munasabah berdasarkan situasi semasa, namun percaya subsidi oleh kerajaan akan diteruskan.
"Dulu kos haji kira-kira RM24,000 tetapi kerajaan hanya mengutip sekitar RM9,980 dan selebihnya kerajaan tanggung.
"Sekarang kos meningkat terutamanya pada pasca pandemik (COVID-19) dengan perbelanjaan di luar negara juga meningkat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Baharu Institut Pengajian Tinggi Parlimen Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata kerajaan memperuntukkan antara RM400 juta dan RM500 juta bagi subsidi haji tetapi kini perlu melihat situasi semasa.
"Biasanya bila hampir tiba musim haji akan keluar kos sebenar dan jemaah akan dimaklum lebih awal.
"Kita juga tahu kos haji sejak sekian lama tidak dinaikkan kerana waktu itu berdasarkan kepada kemampuan serta kedudukan kewangan kerajaan. Sekarang situasi ekonomi sudah berubah malah perbelanjaan di Arab Saudi juga meningkat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos haji
#subsidi dikekalkan
#Ahmad Marzuk Shaary
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan