awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaja, pengusaha kantin antara kumpulan pertama terima pakej bantuan rakyat - Chow

Bernama
Bernama
21/01/2021
11:21 MYT
Penjaja, pengusaha kantin antara kumpulan pertama terima pakej bantuan rakyat - Chow
Antara kumpulan sasaran pertama yang dikenal pasti ialah peniaga dan penjaja berlesen, penarik beca serta pengusaha kantin. - Gambar fail
GEORGE TOWN:Kerajaan negeri telah mengenal pasti lima kumpulan sasaran pertama bagi menerima pakej bantuan rakyat Pulau Pinang bernilai RM20 juta kepada mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) musim kedua.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kumpulan ini akan menerima lebih RM10 juta daripada jumlah keseluruhan pakej bantuan itu.
"Sukacita diumumkan bahawa sebanyak RM10 juta akan diagihkan kepada lima kumpulan sasaran pertama bagi melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan PKP ini," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata antara kumpulan sasaran pertama yang dikenal pasti ialah peniaga dan penjaja berlesen, penarik beca, pengusaha kantin, perkhidmatan gunting rambut, perkhidmatan salun kecantikan dan spa, perkhidmatan pusat refleksologi serta perkhidmatan bekam, yang akan menerima bantuan kewangan.
Selain itu, Chow berkata peruntukan khas sebanyak RM30,000 kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen Kerajaan Negeri, ADUN Angkat, Pegawai Penyelaras KADUN dan Pegawai Penyelaras Khas Parlimen untuk membolehkan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan PKP 2.0 dapat disalurkan dengan segera.
Khamis lepas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan pakej kewangan RM20 juta bertujuan memberi kelegaan kepada kumpulan sasaran yang terjejas oleh pelaksanaan semula PKP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan
#rakyat
#pengusaha kantin
#penjaja
#peniaga
#pulau pinang
#COVID-19
#PKP
#penarik beca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan