awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Hindu di Melaka dapat cuti pelepasan sambut Thaipusam

Bernama
Bernama
25/01/2021
08:35 MYT
Penjawat awam Hindu di Melaka dapat cuti pelepasan sambut Thaipusam
Mahadevan berkata tiada perarakan pedati sempena perayaan Thaipusam di negeri itu. - Gambar hiasan
MELAKA:Kerajaan negeri Melaka membenarkan penjawat awam beragama Hindu di negeri itu mendapat cuti pelepasan sehari bagi membolehkan mereka menyambut perayaan Thaipusam, Khamis ini.
Setiausaha Hal Ehwal Masyarakat kepada Ketua Menteri Melaka Datuk M.S. Mahadevan berkata perkara itu diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diadakan baru-baru ini berikutan Thaipusam bukan cuti umum di negeri tersebut.
"Kira-kira 100 penjawat awam beragama Hindu termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan diberikan kemudahan cuti tanpa rekod bagi memberi ruang kepada mereka melakukan upacara keagamaan khususnya sembahyang pada hari sambutan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Melaka antara negeri yang tidak menjadikan sambutan Thaipusam sebagai cuti umum, selain Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan.
Sementara itu, Mahadevan berkata tiada perarakan pedati sempena perayaan Thaipusam di negeri itu, sebaliknya hanya membenarkan penganut agama Hindu melakukan upacara keagamaan iaitu sembahyang di kuil dalam kumpulan kecil mengikut prosedur operasi standard (SOP).
"Tetapi, kita lebih menggalakkan mereka melakukan sembahyang di rumah sahaja bagi mengawal penularan rantaian COVID-19 terutama dalam masa getir ini," kata Mahadevan yang juga Pengerusi MIC Melaka sambil menambah belum ada setakat ini penganut agama Hindu memohon kebenaran untuk meraikan Thaipusam di Batu Caves, Selangor.
Sebelum ini, perayaan Thaipusam setiap tahun meriah dengan perarakan pedati dan membawa Kavadi di Kuil Sri Subramaniar Devasthanam, Batu Berendam di sini, namun pada tahun ini, buat pertama kali hanya upacara sembahyang sahaja diadakan.
Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan pergerakan pedati membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam ke Batu Caves pada waktu tertentu yang ditetapkan dengan cara tiada perarakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#penjawat awam
#Hindu
#Thaipusam
#bercuti
#benarkan
#kerajaan negeri
#Exco
#M S Mahadevan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan