awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam jual air ketum di sekitar Putrajaya

Bernama
Bernama
13/04/2023
10:21 MYT
Penjawat awam jual air ketum di sekitar Putrajaya
Berdasar siasatan awal, lelaki berkenaan mengaku menjual air ketum di kawasan sekitar Putrajaya pada harga RM20 sebotol. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Polis menahan seorang penjawat awam tengah malam tadi di Presint 9 di sini kerana disyaki menjual dan mengedar air ketum di sekitar Putrajaya.
Lelaki berumur 38 tahun itu dicekup anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semasa berada di lobi sebuah apartmen di Presint 9 kerana memiliki dua botol cecair disyaki air ketum.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi hari ini berkata ketika siasatan awal, lelaki berkenaan mengaku menjual air ketum di kawasan sekitar Putrajaya pada harga RM20 sebotol.
Menurutnya, lelaki berkenaan memperoleh bekalan air ketum daripada seorang lelaki bernama "Roy" di Kampung Labu Lanjut, Sepang, sebanyak 10 botol seminggu dengan harga RM18 sebotol.
A. Asmadi berkata hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan jenayah narkotik dan jenayah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jual air ketum
#Putrajaya
#penjawat awam
#harga air ketum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan