awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS apabila tekanan di Selat Hormuz reda
Op Selamat Aidilfitri: 5,544 anggota trafik digerak di seluruh negara
Isu tambang e-hailing akan dibincang Suruhanjaya Ekonomi Gig - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,500 - MB

Bernama
Bernama
09/03/2026
06:29 MYT
Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,500 - MB
Abu Bakar berkata bantuan khas kewangan secara sekali beri itu akan dibayar pada 13 Mac ini. - Gambar fail
Semua penjawat awam negeri Perlis bagi lantikan tetap, kontrak dan sementara serta MySTEP akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM1,500.
Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata bantuan khas kewangan secara sekali beri itu yang akan dibayar pada 13 Mac ini diharap dapat menyuntik semangat dan meningkatkan prestasi kerja seluruh penjawat awam negeri ini.
“Saya berharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan tuan puan dalam meraikan Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 2 Tahun 2026 di sini hari ini.
Abu Bakar berkata pemberian bantuan khas itu bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penjawat awam negeri agar terus memberikan perkhidmatan cemerlang demi rakyat negeri Perlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri 2026
#Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
#penjawat awam
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan