awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam perlu beri perkhidmatan terbaik tanpa mengira status - KSN

Bernama
Bernama
03/12/2024
15:57 MYT
Penjawat awam perlu beri perkhidmatan terbaik tanpa mengira status - KSN
Shamsul Azri berkata penjawat awam juga perlu melaksanakan tugas berlandaskan nilai M.A.L.A.Y.S.I.A, iaitu Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Islah dan Arif. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira status individu berkenaan dalam masyarakat.
Beliau berkata penjawat awam juga perlu melaksanakan tugas berlandaskan nilai M.A.L.A.Y.S.I.A, iaitu Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Islah dan Arif.
"Tidak kira dia siapa, anda berkhidmat kepadanya tanpa mengira pangkat ... kerajaan hari ini di bawah reformasi saya, anda perlu melayan semua orang sama rata. Berikan perkhidmatan terbaik untuk semua," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Program Santai Ketua Setiausaha Negara bersama Media, di sini hari ini.
Shamsul Azri berkata penjawat awam juga perlu berbangga dengan tugas mereka berkhidmat untuk rakyat dan kerajaan.
Program itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Halim Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid serta Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Shukor Mahmood.
Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Bernama TV Nor Hamzeela Md Hambali dan Ketua Bernama Radio Azlan Idris.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#perkhidmatan terbaik
#berkhidmat
#melaksanakan tugas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan