awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta

Bernama
Bernama
23/06/2024
09:41 MYT
Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Seorang penjawat awam wanita kerugian RM148,200 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan percintaan dalam talian, awal bulan ini. -Gambar hiasan
BANDAR PERMAISURI: Seorang penjawat awam wanita kerugian RM148,200 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan percintaan dalam talian, awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Mohd Zain Mat Dris berkata mangsa, 51, dan berstatus ibu tunggal itu, membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut semalam.
"Mangsa mendakwa ketika melayari Facebook pada awal Jun, telah menerima mesej di Messenger daripada satu profil lelaki bernama Azli bin Ahmad, yang menggunakan gambar seorang juruterbang. Mereka kemudian berhubung di WhatsApp untuk berkenalan dengan lebih rapat.
"Suspek kemudiannya menawarkan penghantaran berupa bungkusan hadiah kepada mangsa seperti beg tangan, jam tangan, kasut dan duit bernilai AS$10,000, untuk disedekahkan kepada anak yatim.
"Ia juga sebagai tanda persahabatan antara mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zain berkata pada 14 Jun, mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya dan meminta mangsa membuat pembayaran duti import dan kos penghantaran, untuk melepaskan bungkusan tersebut.
"Bermula 14 Jun lepas hingga semalam, mangsa telah membuat 23 transaksi ke akaun berlainan berjumlah RM148,200.
"Mangsa juga diugut untuk membuat bayaran selepas dikatakan terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah lain dan akan diambil tindakan sekiranya tidak membuat bayaran.
"Takut dengan ugutan tersebut, menyebabkan mangsa mengikut segala tipu daya berkenaan sehingga mengalami kerugian," katanya.
Mohd Zain berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang mengumpul bukti untuk tujuan pendakwaan, selain tindakan mengesan dan menangkap suspek giat dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#sindiket penipuan percintaan dalam talian
#Azli bin Ahmad
#ibu tunggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan