awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Sabah dapat bonus raya RM500

Assim Hassan
Assim Hassan
07/06/2018
13:26 MYT
Penjawat awam Sabah dapat bonus raya RM500
Mohd Shafie Apdal (tengah) ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Semenanjung di Setia Alam. -Astro AWANI
Kerajaan Negeri Sabah bersetuju memberikan bonus kepada penjawat awam di Sabah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bayaran bonus RM500 itu akan dibayar dalam waktu terdekat.
"Kerajaan bersetuju untuk memberikan bonus RM500. Hari Raya Aidilfitri pun tidak lama lagi, takkan nak bagi (bonus) masa Aidilfitri.
"Di negeri-negeri lain ada yang bagi RM1,000, RM500 dan RM400. Oleh itu kerajaan negeri bersetuju bagi RM500," kata Mohd Shafie.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Semenanjung.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bonus raya
#Hari Raya Aidilfitri
#majlis berbuka puasa
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan