awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penolong pegawai tadbir direman 6 hari kes salah guna kuasa

Sinar Harian
Sinar Harian
22/08/2023
05:35 MYT
Penolong pegawai tadbir direman 6 hari kes salah guna kuasa
Penjawat awam itu disyaki memberi kira-kira 70 perolehan pembaikan kenderaan bernilai kira-kira RM130,000 kepada syarikat milik isterinya. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang penolong pegawai tadbir kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri direman selama enam hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dipercayai berlaku sejak 2021 hingga 2022.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.
Penjawat awam itu disyaki memberi kira-kira 70 perolehan pembaikan kenderaan bernilai kira-kira RM130,000 kepada syarikat milik isterinya.
Selain itu, suspek turut mengesyorkan kerja-kerja pembaikan kenderaan jabatan berkenaan kepada bengkel yang dimiliki oleh sebuah koperasi di mana suspek merupakan ahli lembaga koperasi merangkap Setiausaha Jawatankuasa Perdagangan di koperasi tersebut.
Suspek berusia lingkungan lewat 50-an itu sebelum ini ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu kira-kira jam 11 pagi pada Isnin.
Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#salah guna kuasa
#syarikat milik isteri
#penjawat awam
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan