awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentagon sahkan Ketua Turus Tentera Darat AS bersara awal

Astro AWANI
Astro AWANI
02/04/2026
23:07 MYT
Pentagon sahkan Ketua Turus Tentera Darat AS bersara awal
Jeneral George meletakkan jawatan dan bersara serta‑merta tanpa memberikan penjelasan lanjut mengenai punca keputusan tersebut. - Foto AP
Pentagon mengesahkan Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat (AS), Jeneral Randy George, telah bersara awal, sekali gus menamatkan khidmat beliau sebagai Ketua Turus ke‑41 Tentera Darat AS.
Jurucakap Pentagon, Sean Parnell, berkata dalam satu kenyataan bahawa Jeneral George meletakkan jawatan dan bersara serta‑merta tanpa memberikan penjelasan lanjut mengenai punca keputusan tersebut.
Beliau menyatakan pihak Jabatan Perang menghargai sumbangan dan perkhidmatan Jeneral George selama beberapa dekad kepada negara.
Jeneral George, pegawai kanan berseragam tertinggi Tentera Darat AS dan anggota Ketua Turus Bersama, dilantik ke jawatan tersebut pada 2023 selepas dicalonkan oleh Presiden ketika itu, Joe Biden, dan disahkan oleh Senat.
Beliau dijangka memegang jawatan berkenaan sehingga 2027, namun persaraan awal itu memendekkan tempoh perkhidmatannya lebih setahun.
Menurut laporan media AS, Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth telah meminta Jeneral George untuk berundur sebagai sebahagian daripada rombakan kepimpinan tentera di Pentagon.
Tindakan itu merupakan antara siri perubahan besar yang menyaksikan beberapa pegawai kanan tentera disingkirkan atau bersara sejak pentadbiran Presiden Donald Trump kembali memegang tampuk pemerintahan awal tahun ini.
Pentagon memaklumkan bahawa Timbalan Ketua Turus Tentera Darat, Jeneral Christopher LaNeve, akan mengambil alih tugas sebagai pemangku Ketua Turus Tentera Darat sementara menunggu pelantikan baharu.
Pelantikan pemangku ini dianggap sebagai prosedur biasa bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dalam angkatan tentera.
Sepanjang kerjayanya, Jeneral George merupakan pegawai infantri berpengalaman luas dengan rekod perkhidmatan dalam beberapa konflik besar, termasuk Perang Teluk, perang di Iraq dan Afghanistan.
Sebelum dilantik sebagai Ketua Turus Tentera Darat, beliau turut berkhidmat sebagai pembantu ketenteraan kanan kepada bekas Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin.
Pengunduran mengejut Jeneral George berlaku ketika AS berdepan cabaran keselamatan global yang semakin meningkat, termasuk konflik berterusan di Asia Barat.
Bagaimanapun, Pentagon setakat ini tidak mengaitkan persaraan tersebut dengan sebarang isu operasi atau prestasi ketenteraan tertentu.
Topic Berkaitan
#Randy George
#bersara awal
#letak jawatan
#Ketua Turus Tentera Darat AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan