awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump akan bincang kemungkinan keluar NATO dalam pertemuan dengan Rutte
‘Ratu Ketamin’ dihukum penjara 15 tahun sebabkan kematian pelakon Matthew Perry
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig perlu disegerakan - MyGiG

Agensi
Agensi
27/03/2026
14:57 MYT
Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig perlu disegerakan - MyGiG
Mohd Sharkar berkata kerajaan boleh memperkenalkan beberapa inisiatif seperti skim sewaan khas atau rebat bagi membolehkan pekerja gig memiliki EV, selain menyediakan kemudahan pengecasan pantas untuk kegunaan mereka. - Gambar Sinar Harian
Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig perlu disegerakan sebagai langkah strategik bagi melindungi kira-kira tiga juta pekerja dan penggiat sektor itu daripada ketidaktentuan ekonomi global.

Pengerusi Majlis Ekonomi Gig Malaysia (MyGiG) Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata penubuhan suruhanjaya yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri itu amat penting untuk mengurus ekosistem industri gig yang kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia.

“Peranan suruhanjaya itu bukan sekadar menyelaras, sebaliknya bertindak sebagai pelindung kebajikan serta penyelaras dasar dan polisi berkaitan ekonomi gig,” katanya dalam temu bual bersama Bernama Radio bertajuk ‘Krisis Tenaga Dunia: Strategi Malaysia dan Keperluan Penggiat Ekonomi Gig’, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata penggunaan kenderaan elektrik (EV) turut dilihat sebagai strategi jangka panjang yang wajar dipertimbangkan secara serius selain Program Budi MADANI RON95 (BUDI95), susulan ketidakstabilan harga minyak dunia.

Mohd Sharkar berkata kerajaan boleh memperkenalkan beberapa inisiatif seperti skim sewaan khas atau rebat bagi membolehkan pekerja gig memiliki EV, selain menyediakan kemudahan pengecasan pantas untuk kegunaan mereka.

“Walaupun terdapat pandangan supaya penggiat ekonomi gig beralih kepada EV, kos permulaan yang tinggi serta kemudahan infrastruktur pengecasan yang masih terhad menjadi kekangan utama

“Bagaimanapun, ia menjadi strategi lebih mampan kerana kos elektrik lebih rendah berbanding petrol selain harganya dikawal oleh kerajaan,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#myGIG
#kos permulaan
#ekonomi global
#inisiatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan