awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye, Arab Saudi selesai isu visa transit selepas pertikaian sedekad
Isyarat awal “Super El Nino” timbul risiko cuaca melampau global
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi - CIMB Securities
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penulis blog Steadyaku47, rakan sekolah Anwar meninggal dunia

Bernama
Bernama
15/02/2024
05:25 MYT
Penulis blog Steadyaku47, rakan sekolah Anwar meninggal dunia
Allahyarham Hussein juga merupakan rakan sekolah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
KUALA LUMPUR: Penulis blog Steadyaku47 Hussein Abdul Hamid, 77, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pada 5.30 pagi tadi.
Berita kematian Allahyarham disahkan oleh seorang ahli keluarga Datuk Hamidah Mohd Yusoff kepada Bernama hari ini.
Menurut Hamidah, jenazah Hussein akan dibawa ke Masjid Solehin Pulapol di sini untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, Gombak, selepas solat zohor.
"Arwah Hussein menerima rawatan di Institut Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman HKL sejak Khamis lepas akibat angin ahmar dan pendarahan otak selepas pengsan ketika berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota," katanya kepada Bernama, di sini.
Arwah meninggalkan dua anak, seorang lelaki dan perempuan.
Allahyarham Hussein juga merupakan rakan sekolah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Steadyaku47
#Hussein Abdul Hamid
#rakan PM
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan