awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang pesawat meninggal ketika dalam penerbangan ke Kuching

Bernama
Bernama
25/03/2018
09:29 MYT
Penumpang pesawat meninggal ketika dalam penerbangan ke Kuching
Siasatan awal mendapati kematian mangsa adalah disebabkan kanser darah yang dialaminya sejak lebih kurang dua tahun lepas. - Gambar hiasan
Seorang penumpang pesawat Malindo yang sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuching meninggal dunia pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Supt Abang Junaidi Abang Anuar berkata mangsa, Wong Ho Huah, 46, dari Sri Aman yang juga penghidap kanser darah disahkan meninggal dunia kira-kira 11.10 pagi oleh penyelia penerbangan tersebut.
Beliau berkata sepanjang penerbangan itu Ho Huah ditemani abangnya yang duduk bersebelahan dengannya dalam pesawat itu.
"Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada kira-kira 12.03 tengah hari sebaik pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Maong menuju ke tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati kematian mangsa adalah disebabkan kanser darah yang dialaminya sejak lebih kurang dua tahun lepas. Kejadian juga tiada melibatkan unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Junaidi Abang Anuar
#Hospital Umum Sarawak
#kanser
#KLIA
#Kuching
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
#malindo
#mangsa
#mayat
#meninggal dunia
#penerbangan
#pesawat
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan