awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang maut, motosikal tercampak ke dalam sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
19/05/2025
05:23 MYT
Penunggang maut, motosikal tercampak ke dalam sungai
Lokasi kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang sebelum motosikalnya turut terhumban ke dalam sungai berdekatan. - Gambar/ Sinar Harian
ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 24.1, Jalan Johor Bahru - Pontian di sini, pagi Ahad.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah kereta Perodua Myvi dari belakang di Jalan Johor Bahru - Pontian pada pagi Ahad.
  • Akibat pelanggaran, mangsa tercampak ke jalan raya manakala motosikalnya terjatuh ke dalam sungai. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis menyeru saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Trafik Daerah Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.20 pagi melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS yang ditunggang mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu oleh seorang wanita berusia 66 tahun.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta terbabit keluar dari susur jalan untuk memasuki jalan utama sebelum dilanggar dari arah belakang oleh motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Kumarasan berkata, akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke atas jalan raya, manakala motosikalnya tercampak ke dalam sungai berhampiran lokasi kejadian.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan,” tambahnya.
Menurut Kumarasan, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu dan berbahaya.
Polis turut menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5101322. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#kemalangan maut
#tercampak dalam sungai
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan