awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Lenggong

Astro Awani
Astro Awani
06/10/2022
22:00 MYT
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Lenggong
Kemalangan berhampiran sebuah stesen minyak di Lawin Selatan malam tadi melibatkan tiga mangsa yang menaiki motosikal, seorang lelaki dan wanita mengalami kecederaan manakala seorang lagi lelaki maut di lokasi kejadian. - Foto JBPM
LENGGONG: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dikatakan merempuh sebuah kereta berhampiran sebuah stesen minyak di Lawin Selatan, dekat sini, malam tadi.
Kemalangan kira-kira jam 8.15 malam itu turut menyebabkan pembonceng motosikal dan pemandu kereta mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, setakat ini, maklumat mengenai semua mangsa belum diperolehi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 8.27 malam.
“Terdapat tiga mangsa, satu lelaki dan satu wanita dewasa pembonceng motosikal mengalami kecederaan manakala satu lelaki dewasa penunggang motosikal maut di lokasi kejadian dan disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong yang tiba telah memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera.
Katanya, mangsa yang maut pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Hamdan Abdullah tamat jam 9.55 malam.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#Lenggong
#rempuh kereta
#kemalangan
#Lawin Selatan
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan