awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut digilis kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
11/04/2024
23:15 MYT
Penunggang motosikal maut digilis kereta
Mangsa maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berdekatan Kedai Bahulu Kampung Danan, Selising, Pasir Puteh. - Foto PDRM
KOTA BHARU: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berdekatan Kedai Bahulu Kampung Danan, Selising, Pasir Puteh.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis, mangsa berusia 23 tahun dikatakan menunggang motosikal menghala ke Kota Bharu dari Pasir Puteh.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, mangsa telah memotong beberapa kenderaan dari sebelah kanan kerana aliran trafik bergerak perlahan.
"Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti dalam perjalanan ke arah Kota Bharu yang terperangkap dalam kesesakan membelok sedikit keluar ke kanan jalan.
"Situasi itu menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kanan hadapan kenderaan tersebut," katanya melalui kenyataan pada Khamis.
Beliau memberitahu, akibat rempuhan itu mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum digilis sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 32 tahun.
"Mangsa cedera parah di bahagian badan dan disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Zaizul Rizal berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh membuat laporan di balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor T Henry Dass di talian 016-5072413. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#penunggang motosikal
#digilis kereta
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan