awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut digilis lori

Sinar Harian
Sinar Harian
16/09/2021
21:45 MYT
Penunggang motosikal maut digilis lori
Mangsa terlanggar bucu kiri bahagian belakang sebuah Perodua Myvi sebelum terjatuh dan digilis lori di hadapan sebuah lori di Jalan Sungai Buloh-Kepong pada pagi Rabu. -Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut akibat digilis selepas hilang kawalan dan terjatuh di hadapan sebuah lori di Jalan Sungai Buloh-Kepong berhampiran susur Sri Damansara di sini pada pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kemalangan tersebut pada jam 10.20 pagi.
"Siasatan awal mendapati nahas berlaku semasa penunggang motosikal jenis Modenas Kriss melalui lokasi kejadian dalam keadaan sesak dan telah terlanggar bahagian belakang bucu kiri sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
"Pelanggaran di lorong kanan itu menyebabkan mangsa terjatuh di tengah-tengah laluan sebuah lori jenis Hino yang berada di lorong tengah lalu digilis," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Fakhrudin berkata, mangsa yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Sungai Buloh itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta saksi kejadian supaya hadir ke balai berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-2679025 untuk membantu siasatan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#digilis lori
#penunggang motosikal maut
#sri damansara
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan