awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut digilis treler di Tawau

Petrus Bernard
Petrus Bernard
30/05/2019
10:19 MYT
Penunggang motosikal maut digilis treler di Tawau
Mangsa Nor Azizulkifli maut digilis lori treler di Batu 3, Jalan Apas, Tawau pagi tadi. -Astro AWANI
Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori treler di Batu 3, Jalan Apas, Tawau pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Tawau, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor berkata siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah motosikal, pacuan empat roda (4WD) jenis Ford Ranger dan sebuah lori treler tanpa muatan.
Ketiga-tiga kenderaan terlibat sedang bergerak dari Apas menuju bandar Tawau.
"Mangsa Mohd Zahierudin Alif berumur 21 tahun berasal dari Kampung Jawa, Jalan Mawar Tawau tidak memiliki lesen memandu," katanya.
Tambahnya, apabila tiba di lokasi kejadian pada jam 9.50 pagi, mangsa merempuh belakang kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang ketika itu berada di lorong kanan jalan.
"Mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terjatuh ke lorong kiri," kata Nor Azizulkifli.
Lori treler yang berada di lorong kiri ketika itu tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.
Pemandu lori itu dilapor tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#digilis treler
#Hospital Tawau
#Jalan Mawar Tawau
#Mohd Zahierudin Alif
#Nor Azizulkifli Mansor
#penunggang motosikal
#Seksyen 41
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan