awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut langgar kereta buat pusingan U

Sinar Harian
Sinar Harian
20/05/2022
03:10 MYT
Penunggang motosikal maut langgar kereta buat pusingan U
Keadaan motosikal dan kereta yang terbabit dalam kemalangan di KM4 Jalan Pekan-Kuantan pada Khamis. -Foto ihsan PDRM
PEKAN: Seorang remaja lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer (KM) 4 Jalan Pekan-Kuantan, di sini, pada Khamis.
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan motosikal jenis Yamaha 135LC.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin memberitahu, mangsa, Muhammad Hafiz Imran Juraimi@Syukri,19 beralamat Taman Rosa Tanjung Agas, Pekan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8.35 malam itu, siasatan awal mendapati pemandu kereta dalam perjalanan dari arah Kuantan hendak menghala semula ke arah Kuantan dengan membuat pusingan U di laluan keluar dari Istana Mahligai Mahkota Pekan.
"Setibanya di tempat kejadian, setelah membuat pusingan U, tiba-tiba kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dilanggar oleh motosikal yang datang dari arah Pekan menghala ke Kuantan.
"Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta itu tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca dari kecuaian pemandu kereta yang memandu secara melulu dan berbahaya dengan membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan.
"Pemandu kereta telah ditahan ditahan untuk siasatan lanjut dan kenderaan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan," jelasnya.
Tambahnya, hasil pemeriksaan kereta itu memiliki satu saman pandu laju.
"Bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian COVID-19 diperoleh.
"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#perodua bezza
#buat pusingan U
#Muhammad Hafiz Imran Juraimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan