awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut langgar tapir di LPT2

Bernama
Bernama
24/01/2026
11:30 MYT
Penunggang motosikal maut langgar tapir di LPT2
Mangsa dikatakan gagal mengelak sebelum merempuh tapir itu yang menyebabkan mangsa tercampak di atas lebuh raya terbabit. - Gambar Perhilitan
CHUKAI: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh seekor tapir di Kilometer 320.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), selepas susur keluar Kerteh, dekat sini, awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh seekor tapir di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kerteh, menyebabkan mangsa, Iffil Nazwa Azman, 24 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.
  • Ketika kejadian, tapir seberat 200 kilogram itu tiba-tiba melintas di lebuh raya, menyebabkan mangsa gagal mengelak dan tercampak di atas jalan raya, kemudian digilis oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; beliau berkata bangkai tapir diserahkan kepada PERHILITAN untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata dalam kejadian pada 1 pagi itu, mangsa, Iffil Nazwa Azman, 24, yang bekerja sebagai pekerja kontrak, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dari Kerteh dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pinang Baru di sini.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, seekor tapir seberat 200 kilogram yang dipercayai keluar dari hutan berhampiran tiba-tiba melintas di lebuh raya tersebut.
"Mangsa dikatakan gagal mengelak sebelum merempuh tapir itu yang menyebabkan mangsa tercampak di atas lebuh raya terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Razi berkata mangsa kemudian dipercayai digilis sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti, mengakibatkan kecederaan parah di kepala dan badan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata bangkai tapir berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Lebuhraya Pantai Timur
#penunggang motosikal
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan