awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut terlanggar lori mengundur sendiri

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/06/2019
14:41 MYT
Penunggang motosikal maut terlanggar lori mengundur sendiri
Mangsa yang mengalami kecederaan parah, maut di tempat kejadian. - Gambar hiasan
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai terlanggar lori yang mengundur sendiri di Kilometer 263.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Terowong Menora, hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby, mangsa, Mohd Najib Ismail, 21 tahun, beralamat di Batu Pahat, Johor.
Katanya, kira-kira jam 3 petang, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kemalangan itu.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati, kemalangan melibatkan sebuah lori tanpa muatan yang dalam perjalanan dari Sungai Buloh menghala ke Gerik.
“Sampai di tempat kejadian, pemandu lori telah berhenti di Vista Point seketika untuk menyejukkan enjin.
“Kemudian, lori secara tiba-tiba mengundur dari laluan Vista Point ke tengah jalan, dan telah dilanggar motosikal yang berada di belakangnya,” katanya di sini.
Menurut Mohd Ali, pemandu lori mendakwa, semasa mengundur brek lori tersebut gagal berfungsi.
Bagaimanapun, katanya, ketika kemalangan berlaku, pemandu lori tidak berada di dalam kenderaan tersebut.
Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah, maut di tempat kejadian dan disahkan oleh paramedik dari Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Pemandu lori yang berusia 48 tahun ditahan dan akan dibawa ke HRPB Ipoh untuk diambil sampel darah dan air kencing bagi tujuan analisis kandungan alkohol dan dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Batu Pahat
#brek
#Ipoh
#kemalangan
#Lori
#lori mengundur
#mangsa
#maut
#Mohd Ali Tamby
#motosikal
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan