awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut terperosok bawah kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2023
02:45 MYT
Penunggang motosikal maut terperosok bawah kereta
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa tersepit di bawah kereta dalam kemalangan di Jalan Utama Bandar Country Home, Rawang pada Ahad. - Foto JBPM
GOMBAK: Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Utama Bandar Country Home, Rawang, di sini, pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes tersebut pada jam 6.20 pagi.
"Seramai 13 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Morni berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 68 Tahun dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5 ditunggang seorang lelaki anggaran usia 30-an.
"Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal telah tersepit di bawah kereta.
"Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas," katanya.
Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah itu telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#tersepit
#Jalan Utama Bandar Country Home
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan