awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut cemerlang IPT maut jatuh bangunan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/02/2023
07:25 MYT
Penuntut cemerlang IPT maut jatuh bangunan
Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan sebuah pusat-beli belah, di Sungai Petani, pada petang Khamis. - Gambar ihsan PDRM
SUNGAI PETANI: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan sebuah pusat-beli belah, di sini, pada petang Khamis merupakan pelajar cemerlang dan pernah beberapa kali memenangi Anugerah Dekan.
Mangsa berumur pertengahan 20-an itu sering memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.85 dalam bidang pengajiannya dan disebabkan kefasihannya berbahasa Inggeris serta selalu dipilih menjadi ahli forum dalam penganjuran bengkel atau aktiviti di pusat pengajiannya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Zaidy Che Hassan berkata, selain pintar, mangsa yang merupakan penuntut tahun akhir jurusan Sistem Pengurusan Maklumat juga dikenali sebagai sorang pelajar yang mudah didekati.
"Hasil maklumat awal yang diperoleh daripada ibu bapanya yang menetap di sebuah negara teluk, mangsa dikatakan mula mengalami tekanan sejak setahun lalu hingga memaksanya mengambil ubat penenang.
"Kita masih menjalankan siasatan lanjut dari aspek keluarga, masalah kewangan dan hubungan dengan rakan untuk mendapatkan punca sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Dalam kejadian petang semalam, mangsa ditemui mati tertiarap berlumuran darah di tepi sebuah bangunan pusat beli belah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan bangunan itu.
Mangsa ditemui oleh seorang pekerja pembersihan selepas dia terdengar bunyi kuat seperti objek terjatuh ketika sedang bertugas berdekatan kawasan berkenaan antara pukul 3 hingga 3.30 petang sebelum bertindak menghubungi polis.
Kata Zaidy, siasatan awal di lokasi kejadian menemui satu beg sandang milik mangsa di koridor tempat dia dipercayai terjatuh.
Turut ditemui di dalam beg itu ialah kad pelajar miliknya serta laporan tugasan pengajiannya.
Zaidy berkata, mayat mangsa masih dalam proses saringan COVID-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini sebelum proses bedah siasat dilakukan.
Pemeriksaan awal pihak hospital mendapati tidak terdapat sebarang kesan atau unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#penuntut IPT maut
#jatuh bangunan
#pelajar cemerlang
#jatuh pusat beli-belah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan