awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap

Bernama
Bernama
06/01/2023
12:21 MYT
Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap
Penyakit demam babi Afrika atau 'African Swine Fever' (ASF) dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan dan ladang tersebut telah ditutup bagi menghapuskan ternakan di situ. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Penyakit demam babi Afrika atau 'African Swine Fever' (ASF) dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan, dekat sini dan ladang tersebut telah ditutup bagi menghapuskan ternakan di situ.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang melaksanakan langkah-langkah pencegahan di ladang itu, termasuk menghentikan operasi kenderaan pengangkutan babi rentas negeri.
"Keseluruhan ladang (babi) itu telah ditutup dan babi sedang dimusnahkan serta ditanam di lokasi pada masa ini, kami mahu membendungnya serta menghalangnya daripada merebak ke ladang babi lain," katanya di sini hari ini.
Chow berkata kerajaan negeri telah mengambil langkah sewajarnya dan menasihati penternak babi di Pulau Pinang untuk mengambil langkah berjaga-jaga, apabila wabak ASF melanda negeri lain kira-kira dua bulan lalu.
"Namun, di sebalik semua langkah berjaga-jaga ia tetap berlaku dan kita telah merekodkan satu kes ASF di SPS," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Demam Babi Afrika
#ASF
#ladang babi
#Sungai Bakap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan