awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
43 individu dipercayai serang pusat hiburan diberkas
Selangor bakal terima RM3 juta dari FIFA?
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi rap AS Offset cedera ditembak di Florida

Bernama
Bernama
07/04/2026
11:34 MYT
Penyanyi rap AS Offset cedera ditembak di Florida
Keadaan Offset dilaporkan stabil dan kini sedang dipantau rapi. - AP

Penyanyi rap Amerika Syarikat, Offset, dilaporkan cedera akibat ditembak di Florida, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kami mengesahkan yang Offset ditembak dan kini berada di hospital untuk menerima rawatan perubatan,” kata seorang jurucakap kepada penyiar AS ABC News dan majalah industri Variety.
“Keadaannya stabil dan sedang dipantau rapi,” kata jurucakap itu.
Menurut polis, kejadian berlaku pada petang Isnin di luar sebuah hotel dan kasino.
Dua individu ditahan dan siasatan masih dijalankan, lapor ABC. Tiada butiran lanjut diberikan setakat ini.
Offset atau nama sebenarnya Kiari Kendrell Cephus, sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Cardi B dan mempunyai tiga orang anak bersamanya.
Beliau mula dikenali sebagai anggota kumpulan hip-hop yang dicalonkan ke Anugerah Grammy, Migos, yang popular dengan lagu-lagu seperti “Versace,” “Bad and Boujee” dan “MotorSport.”
Pada November 2022, seorang lagi anggota Migos, Takeoff, ditembak mati di Bandar Houston, Texas. Seorang lelaki berusia 33 tahun kemudian didakwa atas tuduhan membunuh.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#offset
#tembak
#cedera
#Hospital
#stabil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan