awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelarasan umur kanak-kanak kepada 18 tahun dalam akta berkaitan - Perbincangan

Bernama
Bernama
10/01/2023
01:00 MYT
Penyelarasan umur kanak-kanak kepada 18 tahun dalam akta berkaitan - Perbincangan
Sesi libat urus itu melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan pihak berkepentingan. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Penyelarasan umur kanak-kanak kepada 18 tahun dalam akta-akta berkaitan adalah antara isu yang dibincangkan dalam sesi libat urus berkaitan cadangan pindaan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Akta keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676), yang diadakan semalam.
Sesi libat urus itu melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan pihak berkepentingan berlangsung di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri itu, ia memaklumkan sesi libat urus itu bertujuan untuk mendapatkan cadangan, pandangan dan maklum balas berkaitan cadangan pindaan terhadap Akta 792 dan Akta 676.
"Pindaan terhadap akta yang berkaitan adalah penting bagi memastikan keberkesanan sistem pengadilan jenayah dalam mengendalikan kes kesalahan seksual yang melibatkan kanak-kanak," menurut kenyataan itu.
Isu lain yang dibincangkan dalam sesi libat urus itu adalah cabaran yang dihadapi semasa siasatan, proses pendakwaan, perbicaraan dan pasca perbicaraan bagi kes jenayah yang melibatkan mangsa dan saksi kanak-kanak.
Ia turut membincangkan mengenai peruntukan undang-undang baharu untuk membendung eksploitasi seksual secara dalam talian terhadap kanak-kanak, pembayaran pampasan oleh tertuduh kepada mangsa, bantuan pemulihan untuk mangsa dan saksi kanak-kanak serta memperkasakan perkhidmatan pendamping guaman yang sedia ada.
Turut dibincangkan ialah mengenai penerimaan keterangan saksi kanak-kanak oleh mahkamah tanpa keterangan sokongan.
Turut dibincangkan ialah mengenai kewujudan elemen tanggungan keras dalam undang-undang berkaitan kesalahan seksual kanak-kanak dalam keadaan tertentu dan pemberian kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengekstrak keterangan daripada alat digital dan komunikasi.
Kenyataan Pejabat Menteri itu menyebut kerajaan komited dalam penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai suatu badan bebas yang dapat memantau dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia.
Namun, ia memaklumkan penubuhan suruhanjaya itu memerlukan pandangan pelbagai pemegang taruh dan juga penggubalan suatu akta.
"Sebagai penyelesaian jangka masa pendek, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#penyelarasan umur
#Kanak-kanak
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan