awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelewengan punca bekalan minyak masak paket kurang di Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/01/2022
05:43 MYT
Penyelewengan punca bekalan minyak masak paket kurang di Pulau Pinang
Mohd Ridzuan Ab Ghapar, KPDNHEP Pulau Pinang akan mengadakan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang sebenar yang terbabit dalam kes penyelewengan berkenaan atau syarikat lain yang menggunakan modus operandi sama.
BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengakui terdapat unsur penyelewengan dalam penjualan minyak masak paket kerana berlaku kekurangan stok sejak beberapa bulan lalu.
Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, penyelewengan itu dikenal pasti berlaku hasil serbuan di sebuah kilang di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Bagaimanapun, tiada tangkapan dalam serbuan itu kerana dalang sebenar kes penyelewengan tiada di lokasi, sebaliknya, mengupah pihak ketiga untuk beroperasi.
Namun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang sebenar yang terbabit dalam kes penyelewengan berkenaan atau syarikat lain yang menggunakan modus operandi sama.
“Sekarang kita tengah buat risikan siasatan dan jika ada asas yang kukuh kita akan terus buat rampasan dan serbuan kepada pemborong-pemborong atau syarikat yang disyaki melakukan penyelewengan,” kata beliau.
Mohd Ridzuan berkata demikian ketika ditemui sempena Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di pekarangan Masjid At-Taqwa, Mak Mandin, Butterworth pada Sabtu.
Ujarnya, banyak aduan diterima berhubung kekurangan bekalan minyak masak paket sama ada di bahagian pulau atau Seberang Perai.
“Kita (KPDNHEP) terima (aduan)… ada kita terima daripada media sosial, ada daripada aduan-aduan yang kita terima secara rasmi, itu menunjukkan masalah bekalan minyak masak paket masih lagi berlaku dan kita ambil berat tentang isu ini.
“Kita akan ambil tindakan tegas, saya telah arahkan pegawai-pegawai saya untuk beri tumpuan pada kes ini dan membuat risikan-risikan ke tempat sepatutnya,” jelas beliau lagi.
KPDNHEP Pulau Pinang, tegas Mohd Ridzuan, memandang serius masalah kekurangan minyak masak paket dan akan mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 ke atas mana-mana kilang atau syarikat yang terbabit dengan penyelewengan.
Topic Berkaitan
#minyak masak paket
#penyelewengan minyak masak
#pulau pinang
#KPDNHEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan