awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia akaun direman empat hari, kemuka tuntutan palsu RM4 juta

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/04/2026
10:18 MYT
Penyelia akaun direman empat hari, kemuka tuntutan palsu RM4 juta
Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 8 malam, Selasa lalu, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Seorang penyelia perkhidmatan akaun di sebuah syarikat perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan di ibu negara direman empat hari bermula hari ini kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kira-kira RM4 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Putrajaya, Ezrene Zakariah, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan suspek hingga Sabtu ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 8 malam, Selasa lalu, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara tahun 2023 hingga tahun lalu dengan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi pelbagai tuntutan.

Antara tuntutan terbabit termasuk perjalanan dan pengangkutan, yuran perakaunan, pembelian genset dan diesel, pembayaran kad kredit, tuntutan keraian, perbelanjaan ke atas hartanah, loji dan peralatan (PPE), tuntutan tunai runcit (petty cash), tuntutan belanja yang tidak dikenal pasti, kerja-kerja landskap serta pembayaran gaji.

Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Topic Berkaitan
#MACC
#SPRM
#tuntutan palsu
#penyelia perkhidmatan akaun
#syarikat perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan