awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyu agar jantan ditemui mati terdampar di Pantai Kuala Abang

Bernama
Bernama
18/07/2021
02:58 MYT
Penyu agar jantan ditemui mati terdampar di Pantai Kuala Abang
Tiada sebarang kecederaan akibat khianat seperti kesan jerutan tali atau kesan hentakan ditemukan di kepala penyu itu. Foto BERNAMA/Jabatan Perikanan Terengganu
KUALA TERENGGANU: Seekor penyu agar jantan ditemukan mati terdampar di Pantai Kuala Abang, Dungun, semalam.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata penyu berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditemukan penduduk kampung pada 9 pagi sebelum membuat laporan kepada jabatan berkenaan.
"Bangkai penyu itu didapati telah mula reput dengan anggota badan haiwan itu membengkak manakala usus sudah keluar dari bahagian belakang badan. Penyu itu dipercayai mati kira-kira seminggu lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ruzaidi berkata tiada sebarang kecederaan akibat khianat seperti kesan jerutan tali atau kesan hentakan ditemukan di kepala penyu itu.
Beliau berkata pihaknya sudah menerima 24 laporan mengenai kematian penyu tahun ini termasuk penyu itu.
Orang awam boleh memaklumkan kepada Pejabat Daerah Perikanan terdekat atau menghubungi talian 03-88885019 sekiranya menemukan penyu hidup atau mati, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyu agar
#jantan
#mati
#Pantai Kuala Abang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan