awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Peragut hampir membunuh!" - Dashcam Janna Nick rakam detik cemas pembaca berita diseret

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2022
10:37 MYT
"Peragut hampir membunuh!" - Dashcam Janna Nick rakam detik cemas pembaca berita diseret
Rakaman video dari dashcam kereta Janna Nick, yang memaparkan seorang lelaki diseret ketika cuba mengejar penjenayah, mendapat perhatian. - Instagram/Janna Nick
RAKAMAN video dari papan pemuka (dashcam) kereta pelakon Janna Nick, yang memaparkan seorang lelaki diseret ketika cuba mengejar penjenayah, mendapat perhatian netizen.
Dalam kemas kini di Instagram, Janna yang secara kebetulan melalui kawasan itu, berjaya merakam situasi cemas apabila lelaki itu cuba mengejar mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana, pada Khamis.
"Peragut hampir membunuh! Omg! Tolong cari jap owner kereta tu. Kesian abang pakai baju Melayu ni. Sampai berdarah-darah tangan kena seret atas jalan. Cermin kereta dia pecah.
"To abang baju Melayu, I don't have your contact number. Tak tahu macam mana nak pass this video. Luckily my dashcam ada record," tulis Janna.
Identiti individu berkenaan dikenal pasti sebagai Khairul Rizuan Azizan, penyampai berita sebuah stesen televisyen swasta.
Portal Harian Metro melaporkan Khairul Rizuan mengalami luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan akibat diseret kereta Perodua Myvi dipandu suspek yang bertindak melarikan diri.
Ketika kejadian, dia meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit.
Khairul Rizuan juga memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
View this post on Instagram
A post shared by Janna Nick (@jannanick)
Topic Berkaitan
#dashcam
#jenayah
#penjenayah
#Janna Nick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan