awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/05/2019
10:37 MYT
Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah
MAIPk telah melantik seramai 1,897 amil di seluruh Perak bagi memudahkan orang ramai membayar zakat. - Gambar hiasan
Perak memperkenalkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2019 iaitu RM7, RM14 dan RM21.
Ketetapan itu dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memperakui pandangan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak ke-216 pada 16 Januari lalu.
Namun kadar minimum yang perlu dibayar setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah sebanyak RM7.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Mohd Haidi Sulaiman berkata, pembayar zakat fitrah digalakkan membayar melebihi kadar tersebut mengikut beras yang dimakan atas dasar 'tatawwu'.
Menurutnya, kadar bayaran RM14 bagi pembayar yang menggunakan beras wangi, beras putih import, beras perang, beras pulut, herba poni dan seumpamanya.
“Manakala RM21 bagi pembayar menggunakan beras basmathi, beras Jepun, beras merah dan seumpamanya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Haidi berkata, MAIPk telah melantik seramai 1,897 amil di seluruh Perak bagi memudahkan orang ramai membayar zakat.
Katanya, amil-amil tersebut akan bertugas di semua masjid dan surau di negeri ini.
Selain itu, ujarnya, kaunter sementara dan kaunter bergerak juga akan dibuka di beberapa tempat tumpuan orang ramai sepanjang Ramadan.
Topic Berkaitan
#agama islam
#Jawatankuasa Fatwa
#kadar zakat fitrah
#MAIPk
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Sultan Perak
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan