awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis ulangi bantahan tegas terhadap serangan ke atas infrastruktur di Iran

Bernama
Bernama
07/04/2026
08:20 MYT
Perancis ulangi bantahan tegas terhadap serangan ke atas infrastruktur di Iran
Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot beri amaran bahawa serangan sedemikian boleh membuka "fasa baharu peningkatan balas dendam". - Reuters

Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot pada Selasa mengulangi bantahan Perancis terhadap sebarang serangan ke atas infrastruktur awam dan tenaga di Iran, susulan ancaman Amerika Syarikat (AS), memberi amaran tentang konflik tanpa kesudahan (vicious cycle), lapor Anadolu Ajansi, memetik penyiar tempatan.

"Kami terus menentang serangan terhadap infrastruktur awam dan tenaga, pertama kerana ia dilarang di bawah peraturan perang dan undang-undang antarabangsa," kata Barrot kepada penyiar France Info.

Beliau memberi amaran bahawa serangan sedemikian boleh membuka "fasa baharu peningkatan balas dendam", mengheret rantau itu dan ekonomi global ke dalam konflik tanpa kesudahan yang membimbangkan.

"Untuk kepentingan kita sendiri, kita sudah melihat lonjakan harga bahan api. Jika infrastruktur tenaga di Iran menjadi sasaran, kita boleh menjangkakan tindakan balas daripada rejim Iran, memburukkan lagi keadaan yang sudah membimbangkan," kata Barrot.

Beliau mengulangi kedudukan Perancis dan Eropah, berkata mereka mengelak terlibat dalam peperangan yang tidak mereka inginkan sambil berusaha mengehadkan kesannya dan menyokong usaha pengantaraan yang diketuai oleh negara-negara di rantau ini.

"Dari hari pertama, kami tidak menyokong campur tangan Israel-AS, yang tidak mempunyai objektif yang cukup jelas dan bercanggah dengan undang-undang antarabangsa," tambah Barrot.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Jean-Noel Barrot
#Bantahan
#serangan
#orang awam
#tenaga
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan