awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye, Arab Saudi selesai isu visa transit selepas pertikaian sedekad
Isyarat awal “Super El Nino” timbul risiko cuaca melampau global
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi - CIMB Securities
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis umum tingkatkan senjata nuklear, luaskan perlindungan keselamatan ke negara Eropah

Astro AWANI
Astro AWANI
02/03/2026
22:16 MYT
Perancis umum tingkatkan senjata nuklear, luaskan perlindungan keselamatan ke negara Eropah
Macron ketika memeriksa barisan anggota tentera semasa lawatannya ke pangkalan kapal selam nuklear Ile Longue di Crozon, Perancis. - Foto AP
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan perubahan besar dalam dasar pertahanan nuklear negara itu, termasuk peningkatan jumlah hulu peledak serta peluasan kerjasama keselamatan dengan beberapa negara Eropah.
Pengumuman dibuat di pangkalan kapal selam nuklear Ile Longue di Brittany, lokasi armada peluru berpandu balistik milik Perancis.
Macron menegaskan bahawa landskap keselamatan global kini jauh lebih tidak stabil, dengan ancaman dari Rusia, ketidaktentuan komitmen Amerika Syarikat (AS) terhadap Eropah dan peningkatan kuasa tentera China.
Beliau menyifatkan lima dekad akan datang sebagai “era senjata nuklear”, sekali gus memerlukan Perancis mengukuhkan kapasiti penggentarannya.
Perancis, yang memiliki kira-kira 300 hulu peledak, bakal meningkatkan jumlah tersebut, langkah pertama seumpamanya dalam beberapa dekad.
Namun, angka baharu tidak akan didedahkan sebagai sebahagian daripada pendekatan strategik baharu.
Di bawah konsep baharu yang digelar 'advanced deterrence' atau penggentaran maju, Macron berkata lapan negara Eropah, termasuk Jerman, United Kingdom, Poland, Belanda, Belgium, Greece, Sweden dan Denmark, akan terlibat dalam kerjasama ini.
Negara‑negara ini berpotensi menyertai latihan berkait kemampuan nuklear udara Perancis serta menjadi lokasi penempatan pesawat pengebom strategik Perancis secara sementara.
Langkah ini, menurut Macron, membolehkan kekuatan udara strategik Perancis “menyebar ke seluruh benua Eropah” dan menyukarkan percaturan lawan.
Poland turut mengesahkan sokongan menerusi kenyataan Perdana Menteri Donald Tusk yang menyifatkan kerjasama tersebut sebagai usaha bersama untuk memastikan musuh “tidak berani menyerang”.
Walaupun kerjasama diperluaskan, Macron menegaskan bahawa keputusan melancarkan senjata nuklear kekal hak eksklusif presiden Perancis dan tidak akan dikongsi dengan mana‑mana negara lain, konsisten dengan doktrin sejak era Charles de Gaulle.
Selain peningkatan hulu peledak, Perancis merancang pembinaan kapal selam nuklear baharu menjelang 2036 yang dinamakan 'The Invincible'.
Kerjasama Perancis-Jerman juga diumumkan, termasuk latihan bersama serta pembangunan kemampuan pertahanan konvensional baharu.
Macron menekankan bahawa strategi ini melengkapkan, bukan menggantikan, peranan NATO dalam penggentaran nuklear.
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#senjata nuklear
#NATO
#eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan