awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Iran di luar kawalan, konflik mungkin merebak - Setiausaha Agung PBB

Bernama
Bernama
26/03/2026
06:39 MYT
Perang Iran di luar kawalan, konflik mungkin merebak - Setiausaha Agung PBB
Guterres menggesa Iran untuk menamatkan serangan ke atas negara-negara Teluk, dengan alasan bahawa mereka "bukan pihak dalam konflik". -Gambar fail
Perang Iran sudah melampaui batas dan konflik telah menjadi "tidak terkawal", kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu sambil memberi amaran bahasa dunia berdepan prospek konfrontasi lebih luas, lapor Anadolu Ajansi.
"(Berlanjutan) lebih tiga minggu, perang ini tidak terkawal." Guterres bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di ibu pejabat PBB di New York.
"Dunia sedang berdepan prospek perang yang lebih luas, gelombang penderitaan manusia yang semakin meningkat dan kejutan ekonomi global yang lebih mendalam," katanya.
Menyeru supaya aktiviti ketenteraan ditamatkan, Guterres berkata, "Sudah tiba masanya untuk menghentikan serangan dan memulakan usaha diplomatik serta kembali menghormati undang-undang antarabangsa sepenuhnya."
Merujuk kepada pihak-pihak penting yang terlibat dalam perang, beliau berkata, "Mesej saya kepada Amerika Syarikat dan Israel ialah sudah tiba masanya untuk menamatkan perang apabila penderitaan manusia semakin mendalam, korban awam meningkat dan kesan ekonomi global semakin dahsyat."
Guterres menggesa Iran untuk menamatkan serangan ke atas negara-negara Teluk, dengan alasan bahawa mereka "bukan pihak dalam konflik".
Mengetengahkan kesan riak perang ke atas ekonomi, Guterres berkata, "Penutupan berpanjangan Selat (Hormuz) menyekat pergerakan minyak, gas dan baja pada saat genting dalam musim penanaman global."
Trafik penghantaran melalui Selat Hormuz, arteri kritikal untuk perdagangan barangan dan tenaga global, sebahagian besarnya terganggu akibat ketegangan yang memuncak di Teluk berikutan serangan AS dan Israel terhadap Iran dan tindakan balas Tehran.
Selat yang menghubungkan Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, Iraq dan Iran ke pasaran global itu, mengendalikan kira-kira 25 peratus perdagangan minyak global, kira-kira 20 peratus perdagangan gas asli cecair dan hampir 30 peratus perdagangan baja.
Setiausaha PBB mengalihkan perhatiannya ke Lubnan dan berkata, "Israel mesti menghentikan operasi ketenteraan dan serangan di Lubnan, yang paling teruk menyerang orang awam," sambil menambah, "Model Gaza tidak boleh ditiru di Lubnan."
Dalam usaha untuk meredakan ketegangan, Guterres seterusnya mengumumkan pelantikan Jean Arnault dari Perancis sebagai "utusan peribadinya untuk mengetuai usaha PBB menangani konflik dan kesannya."
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#perang
#Batas
#konflik
#konfrontasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan