awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan Chegubard dan dua lagi aktivis ditangguh Rabu hadapan

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2014
05:26 MYT
Perbicaraan Chegubard dan dua lagi aktivis ditangguh Rabu hadapan
Perbicaraan aktivis Chegubard ditangguh Rabu depan
Perbicaraan tiga aktivis Solidariti Anak Muda (SAMM) yang didakwa semula di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini ditangguh pada 14 Mei hadapan.
Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, Edy Nor Reduan dan Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian sebelum ini telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29 April lepas.
Keputusan dibuat setelah mahkamah mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu.
Bagaimanapun, ketiga-tiga defendan telah menerima waran pada Rabu lalu supaya hadir di mahkamah pada hari ini untuk didakwa semula berhubung perhimpunan anti-kenaikan harga barang, (TURUN), pada malam ambang tahun baru 2014.
The case will resume on 14 may 2014 for the judge to decide on the matter #PAA2012 #turun
— Lawyers For Liberty (@lawyers4liberty) May 9, 2014
Clear that the charge is groundless and to seek a postponement is an abuse of process-Eric Paulsen
— Lawyers For Liberty (@lawyers4liberty) May 9, 2014
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal memaklumkan Ketua Polis Dang Wangi, 10 hari sebelum tarikh perhimpunan dan oleh itu, melanggar perintah mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000.
Pendakwaan ke atas tiga aktivis itu mengulangi apa yang berlaku ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama sekali lagi selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya.
Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan pada 25 April lalu membebaskan Nik Nazmi daripada tuduhan gagal memberi notis 10 hari kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lalu.
Mahkamah Rayuan dalam keputusannya memutuskan Seksyen 9(5) akta berkenaan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan itu di luar batas Artikel 10 yang menjamin kebebasan berhimpun.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu dirayu oleh pihak pendakwaraya dan sementara menunggu rayuan itu, Peguam Negara mengemukakan pertuduhan yang sama sekali lagi ke atas Nik Nazmi di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 6 Mei lalu.
Hakim bagaimanapun melepas tanpa membebaskan pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat itu, antara lain, kerana undang-undang tidak membolehkan seseorang didakwa dua kali atas tuduhan yang sama.
Topic Berkaitan
#Chegubard
#mahkamah
#SAMM
#turun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan