awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percepat program integrasi kesihatan tangani HIV

Bernama
Bernama
02/07/2013
00:00 MYT
Percepat program integrasi kesihatan tangani HIV
Malaysia perlu mempercepat integrasi pelbagai program kesihatan bagi memastikan penularan HIV mampu ditangani dengan lebih berkesan.
Perunding kanan Hospital Sungai Buloh Datuk Dr Christopher Lee, yang juga pakar perubatan penyakit berjangkit, berkata Malaysia sudah mempunyai program untuk HIV dan tibi, penggantian metadon serta kesihatan antenatal.
"Namun semua program ini dilakukan secara bersendirian. Jadi, saya rasa kita perlu mempercepat integrasi semua program berkenaan," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Ketujuh Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) berkaitan Patogenesis, Rawatan dan Pencegahan HIV di sini hari ini.
Beliau berkata integrasi semua program berkenaan bukan sekadar membolehkan penyedia penjagaan kesihatan mengesan sebarang jangkitan HIV di peringkat awal malah memudahkan pesakit mendapatkan rawatan.
"Ini akan menjadikan rawatan HIV lebih mudah kerana pesakit hanya perlu ke satu tempat untuk mendapatkan semua rawatan yang diperlukan," katanya.
Dr Lee juga berkata Malaysia boleh mencontohi pengalaman Kemboja yang berjaya mengurangkan jumlah kes baharunya setiap tahun daripada 20,000 sekitar 1990-an kepada kira-kira 1,300 pada 2012 menerusi program intervensi HIV bersepadu yang diterajui sektor awam.
Topic Berkaitan
#Dadah
#HIV
#rawatan HIV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan