awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Jepun diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Bernama
Bernama
10/01/2025
02:45 MYT
Perdana Menteri Jepun diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Shigeru Ishiba memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, di sini, hari ini.
Ini adalah lawatan pertama Ishiba ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Oktober 2024.
Beliau disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada 9 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai oleh Mejar Arifuddin Mohd Yusuf.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, anggota Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.
Ishiba, kemudian menandatangani buku pelawat sebelum bertemu Anwar.
Wisma Putra dalam kenyataan semalam memaklumkan, Anwar dan Ishiba dijangka meneliti semula kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Jepun, terutamanya dalam bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pembangunan sumber manusia serta kerjasama dalam bidang tenaga.
Mereka juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama termasuk situasi di Timur Tengah
Jepun ialah rakan ekonomi utama bagi Malaysia, dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan melibatkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia setakat Jun 2024.
Projek berkenaan melibatkan pelaburan bernilai RM105.2 bilion (US$30.4 bilion) dan telah menjana peluang pekerjaan untuk kira-kira 344,996 orang.
Jepun juga adalah pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan perdagangan keempat terbesar dengan jumlah perdagangan sebanyak RM156.75 billion (US$34.41 billion) pada 2023. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Jepun
#Shigeru Ishiba
#lawatan rasmi
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan